DUBAI: Bintang Bollywood Sridevi Kapoor yang meninggal dunia di sini hujung minggu lalu didapati mati lemas dalam tab mandi bilik hotelnya selepas pengsan, kata polis ibu kota Emiriah Arab Bersatu (UAE) hari ini.
"Kematian aktres India Sridevi akibat lemas dalam tab mandi di hotel apartmen selepas beliau tidak sedarkan diri," kata polis Dubai menerusi Twitter memetik keputusan bedah siasat.
Laporan awal menyatakan punca kematian pelakon berusia 54 tahun itu disebabkan serangan jantung.
Polis kini merujuk kes itu kepada pendakwa raya awam. - AFP
Sumber : https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2018/02/393290/sridevi-mati-akibat-lemas