KOTA KINABALU: Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan meninggal dunia di Kuala Lumpur, malam tadi.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas itu meninggal dunia pada usia 56 tahun ketika menerima rawatan di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur, jam 11.57 malam.
Allahyarham menerima rawatan di hospital berkenaan sejak lapan bulan lalu kerana masalah kesihatan.
Adik Allahyarham, Datuk Nizam berkata, jenazah abangnya akan dibawa pulang ke Tawau pagi ini menaiki penerbangan.
"Sama sama kita doakan semoga Allahyarham diampunkan dosa serta memperoleh kemaafan daripada Allah SWT dan rohnya ditempatkan bersama-sama hamba yang soleh di syurga," katanya melalui aplikasi WhatsApp yang disampaikan kepada pihak media.
Sumber : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/03/399647/menteri-belia-dan-sukan-sabah-meninggal-dunia