SHAH ALAM: Menepati janji, penyanyi Mark Adam yang menjuarai Super Bintang Bersama Bintang (SBBB) 2018 membahagikan RM60,000 daripada RM100,000 hadiah wang tunai yang dimenanginya pada pentas akhir program realiti itu di sini, malam tadi, kepada empat peserta lain.
Sebaik dinobatkan juara, Mark mengumumkan hasrat memberi RM15,000 setiap seorang kepada Achey, Ajak, Shuk dan Issey yang bersaing dengannya dalam program itu.

Pusingan awal yang dinamakan Arena Bintang Bersama Bintang 2018 adalah medan peperangan lawak era baharu yang menonjolkan cabaran enam peserta iaitu Ajak, Issey, Mark Adam, Achey, Shuk dan Abam.
Bagaimanapun, Abam menjadi peserta tunggal yang terkeluar pada episod penyingkiran minggu keenam program realiti itu.
Setiap minggu, peserta paling menyerlah dengan sketsa sarat mesej berpeluang membawa pulang RM10,000.
Sumber : https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2018/03/395722/mark-adam-kongsi-hadiah-kemenangan